WELCOME TO KELAB KEMBARA!!!
ALAMILAH DUNIA YANG PENUH KELAINAN...

Pages

Thursday, 10 May 2012

Jelajah Kembara Ke Utara Tanahair

Bagi melahirkan genarasi muda yang tidak lupa akan Khazanah Malaysia sejak zaman berzaman demi untuk meningkatkan pencapaian akademik, Kelab Kembara Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics yang terdiri daripada 40 orang pelajar  telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan  program “Inspirasi Jelajah Kembara” di tiga buah negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang baru-baru ini. Program yang diadakan selama tiga hari itu telah berjaya memupuk silaturrahim sesama rakan serta menyasarkan pembentukan positif personaliti individu unggul dan berdaya saing dalam meneroka khazanah dunia.
            Penyelarasnya, En. Mohd Fairus berkata, program ini telah menjadi platform serta suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk mengembangkan lagi potensi diri dan meningkatkan pengukuhan jati diri terutama dikalangan mahasiswa dalam menempuh arus pembangunan negara yang semakin rancak berkembang.
            Antara tempat-tempat menarik yang dilawati pada hari pertama program ini dijalankan adalah melihat sendiri dengan lebih dekat keindahan dan keunikkan Gua Kelam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam sejak zama berzaman. Di sini, peserta diberi taklimat ringkas untuk ekpedisi tracking ke dalam gua yang mengambil masa hampir 2 jam perjalanan. Panaroma alam di dalam gua sungguh teruja buat para peserta. Setelah selesai ekpedisi Gua Kelam, perjalanan diteruskan ke Pasar Wang Kelian bersempadan Malaysia dan Thailand. Kami dibenarkan masuk ke dalam pasar tersebut melalui pos kastam Malaysia dan Thailand tetapi perjalanan terhad kepada 1 Kilometer dari pos kawalan kastam. Pelbagai jenis barangan murah di jual disini dan kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam untuk membeli belah. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Taman Ular dan Buaya, Taman Anggur dan Taman Mangga Harum Manis di Sekitar negeri Perlis Indera Kayangan.

            Hari kedua  perjalanan diteruskan ke Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman yang terletak di GunungKeriang, 8 km dari Bandaraya ALor Setar. Di sini, peserta melihat dengan lebih dekat kaedah-kaedah penanaman padi cara lama dengan menggunakan kayu-kayan bermutu tinggi serta teknik penaman padi moden. Pelbagai jenis alatan dan jenis-jenis kualiti padi di paparkan di muzium ini. Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pekan Rabu yang terletak di Alor Setar. Di sini, pelbagai hasil kraftangan dan pembuatan, kuih muih, asam, keropok, dan macam-macam di jual. Lokasi yang terletak di pusat Bandar ini  menjadi tempat tarikan pelancong baik dari dalam dan luar negara.
            Perjalanan diteruskan ke Negeri Pulau Pinang yang mana tempat yang di tujui ialah di Bukit Bendera yang baru siap di selenggara. Kemudahan keretapi yang canggih dan berhawa dingin cukup selesa berbanding kemudahan sebelum ini. Kami menaiki keretapi lebih kurang jam 8 malam dan waktu ini sungguh mengasyikkan kerana dapat melihat bandaraya Pulau Pinang pada waktu malam. Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah setiap peserta selain dapat bergambar kenangan di situ. Lebih kurang dua jam di situ, kami meneruskan perjalanan ke Padang Kota untuk menikmati makan malam. Padang Kota sememangnya terkenal dengan rojak pasembur yang menjadi daya tarikan pelancong ke situ. Aktiviti berakhir jam 12 tengah malam dan bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Lumpur. Rata-rata peserta gembira dengan pengalaman yang diperoleh sepanjang 3 hari 2 malam ekspedisi ini.

sempat lagi kan posing :P

lepas tengok haiwan ape lagi 123 cheesss :)

apelah yang ditunjukan oleh peljar tukan . mungkim terlampau teruja gamaknye :D

ini lah kerja mereka-meraka sekalian . bergambo jee

mesti korang jelly kan . :P

apa yang mereka sedang lihat agaknye

sibuk je abg wan tu nak jadik model ==

betapa happy nya si eira tu kann

No comments:

Post a Comment