WELCOME TO KELAB KEMBARA!!!
ALAMILAH DUNIA YANG PENUH KELAINAN...

Pages

Friday, 26 August 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum... saya Mohd Fairus Bin Ahmad selaku wakil Jabatan Operasi dan Mentor Kelab Kembara Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,  Maaf Zahir & Batin. Berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah dengan orang yang tersayang, jangan lupa solat, jangan main mercun, jangan merempit dan selamat kembali ke Kolej dengan keadaan sihat hendaknya.

  "Selamat Bercuti semua...Jangan lupa bawa balik kuih raya.."

Monday, 22 August 2011

SURAT KHABAR HARI INI 22 OGOS 2011

Terima Kasih Utusan Malaysia kerana memaparkan artikel Terokai Alam Semulajadi Kelab Kembara yang kami nanti2kan. Walaupun dah lama menunggu artikel ini keluar, kami tetap berbangga akhirnya tersiar di dada akhbar. Terima Kasih daun keladi...


Thursday, 18 August 2011

Kembara Terokai Kehijauan Alam

Pembayaran untuk Program Kembara Terokai Kehijauan Alam yang bertempat di Sungai Lepor pada 16-18 September boleh dibuat bermula hari ini 18 Ogos 2011 sehingga 9 September 2011. Tempat adalah terhad kepada 44 orang pelajar sahaja. Terbuka kepada kelab-kelab lain juga. Siapa cepat dia dapat. Pembayaran boleh di buat di kaunter Bursary dengan kod bayaran CA 0021 sebanyak RM 50. Peringatan!!! Bayaran hendaklah di buat awal...

Monday, 15 August 2011

PERJUMPAAN KELAB UNTUK BULAN RAMADHAN DI BATALKAN!!!

Sempena memberkati bulan ramadhan dan bulan kemerdekaan, adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan kelab untuk minggu ini dan minggu depan dibatalkan sehingga diberitahu kelak.Sebarang pertanyaan sila ke Group Facebook Kelab Kembara Cybernetics (KKC 20214). 

"Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Selamat Menyambut Hari Raya"

Klu nk duit raya datanglah beraya di rumah abg....Salam

SURATKHABAR HARI INI 15 OGOS 2011

Sempena bulan kemerdekaan, Kelab Kembara mengambil inisiatif menyahut seruan kerajaan supaya mengibarkan JALUR GEMILANG. Terima Kasih Kepada Berita Harian sebab mengeluarkan sisipan artikel Kelab Kembara.



Saturday, 13 August 2011

Waktu Imsak&Berbuka Puasa 1432H



Assalammualaikum. Kat bawah ni admin ada jadual wktu imsak & berbuka puasa bagi kawasan negeri KUALA LUMPUR dan PUTRAJAYA . Bagi sesapa yg berpuasa dalam kawasan ni, boleh la rujuk kat sini ye.


 

Selamat berpuasa dan selamat berbuka. Semoga ibadat kita diterima Allah. Aminnn. :)

Selawat syifa


Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dapat lagi kita menjalani kehidupan pada hari ini dan seterusnya dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira dan tidak terhingga diatas nikmat kesihatan yang dikurniaNya.


Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.


Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH  SWT.


Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.


Selawat Syifa’


Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin,
tibbil qulubi wa dawaaâ iha,
wa `afiyatil abdaani wa shifaaâ iha,
wa nuril absari wa diyaâ iha,
wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik’ wa Sallim





Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Wednesday, 10 August 2011

Aktiviti Indoor



Terima kasih kepada ahli-ahli kelab kembara yang menghadirkan diri pada 10 ogos 2011 ini ,walaupun terdapat segelintir yang tidak hadir. Tindakan akan diambil dengan segera jika ia berturut-turut..

Diharapkan anda semua gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dijalankan tadi secara indoor. Bagi memberkati bulan Ramadhan, aktiviti luar terbatas untuk dilaksanakan kerana bulan ini merupakan bulan yang mulia untuk kita beribadat dan berpuasa. Aktiviti akan diteruskan selepas bulan ramadhan ini. Diharapkan anda berkerjasama dengan apa jua aktiviti yang dianjurkan. ^_^

Pada bulan ramadhan ini sentiasa ada perjumpaan pada hari rabu,
kerjasama anda amat kami hargai..


P/S : Setiap games yang kami jalankan hanya untuk BERHIBUR , diharapkan jangan ada yang terasa hati .








SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA AHLI-AHLI KELAB KEMBARA


Hari kemerdekaan dari kelab kembara




Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua ahli kelab2 kembara dan pemerhati2 yg dihormati.



Pihak Pengurusan dan Semua Rakan-rakan Kelab Kembara mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 54 kepada semua rakyat Malaysia.

 *Sajak ini khas untuk rakan-rakan semua.

NEGERI BERTUAH INI

Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Di sini kita dilahirkan
Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.

Negeri bertuah ini
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.

Negeri bertuah ini
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.

Negeri bertuah ini
Sudah merdeka
Yang gagah tidak lagi mengunus senjata
Yang berani tidak lagi bermaharajalela
Rakyat bangun berjuang
Melawan kemiskinan
Membasmi kejahilan.

Negeri bertuah ini
Rakyat belajar berdikari
Hutan diteroka menjadi ladang
Desa dibangunkan
Bandar dimodenkan
Rakyat bersama mengecap pembangunan

Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Pesan nenek moyang
Di mana bumi dipijak
Di situ jejak bertapak
Di mana tempat bernaung
Di situ taat dijunjung
Di mana darah tumpah
Di situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini
Negeri kita
Mari kita bangunkan
Mari kita makmurkan
Mari kita pertahankan.



Tuesday, 9 August 2011

PERJUMPAAN PADA 10.8.2011


PERHATIAN!!



PERJUMPAAN MINGGU INI DIWAJIBKAN PADA SEMUA AHLI KELAB KEMBARA JIKA TIDAK DAPAT MENGHADIRI ,ANDA DIKENAKAN MEMBUAT SURAT RASMI SEBAB-SEBAB TIDAK HADIR SEBANYAK 3 HELAI KERTAS.


PERINGATAN KEPADA SEMUA AHLI KELAB KEMBARA


*JANGAN LUPA MEMBAWA GAMBAR UNTUK DILETAKKAN DIDALAM BUKU LOG ANDA.

*PADA SIAPA YANG TIDAK HANTAR BUKU LOG,SILA BAWA.

TEMPAT  :  LR9 blok 154
TARIKH : 3 OGOS 2011 (RABU)
MASA : 3.00-4.30


KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI

Monday, 8 August 2011

Terima kasih HARIAN METRO dan BERITA HARIAN



Assalammualaikom semua ahli kelab kembara


DISIARKAN DI SURAT KHABAR PADA HARI INI
8 OGOS 2011








Monday, 1 August 2011

Perjumpaan wajib pada 3 OGOS 2011

PERHATIAN!!


PERJUMPAAN MINGGU INI DIWAJIBKAN PADA SEMUA AHLI KELAB KEMBARA 


TEMPAT  :  LR9 blok 154
TARIKH : 3 OGOS 2011 (RABU)
MASA : 3.30-4.30